
Mungkin orang menganggap cara banner nih tak berkesan kerana banner yang dihasilkan tidak menarik? mungkin ayat yang anda gunakan di banner tidak sesuai? mungkin juga orang dah tahu mengenai produk anda dan ini menyebabkan orang ramai tidak lagi mengklik pada banner anda.Oleh itu, Saya sebagai pereka banner ingin berkongsi dengan anda cara nak create banner yang berkesan.
1) Gunakan perkataan “TARIKAN !!” Maksudnya ialah perkataan yang disukai oleh orang ramai seperti “Percuma” , “Tawaran Hebat”, “Diskaun”, “Jutawan”, “Rahsia” dan "sebagainya…
2) Gunakan ayat Jenis pertanyaan : Ayat pertanyaan akan lebih mendapat perhatian dan menurut kajian, ia mampu menaikkan kadar klik sebanyak 18%. Lebih baik lagi jika ayat pertanyaan tersebut dapat digandingkan dengan perkataan-perkataan yang “TARIKAN”, contohnya.. “Anda nak tahu RAHSIA JUTAWAN ? ”… atau “Anda nak TAWARAN HEBAT untuk barangan berjenama? ”
3) Jangan lebih 7 patah perkataan : Banner yang baik, seharusnya tidak mengandungi lebih dari 7 patah perkataan. Sebab, nanti orang akan sesak mata dan kemungkinan akan mencederakan mata penonton.huhu
4) Berikan Arahan : Kadang-kadang, orang yang melihat banner anda tidak terfikir untuk klik pada banner anda sebab mereka sangka itu cuma gambar hiasan. So, contoh ARAHAN yang anda boleh masukkan dalam banner ialah "KLIK DISINI"
5) Buat banner jenis Animasi : Yang nih baru best !! buat banner animasi amat berkesan menarik perhatian orang . Animasi pula mestilah berbentuk penceritaan. ibarat anda sedang bercakap kepada orang ramai. Jika susunan ayat anda tepat dan menarik, maka pasti orang akan klik!!
“Brand name” juga kadangkala mempengaruhi kadar klik yang diterima.. iklan banner dari “McDonald” sudah pastinya lebih menghairahkan untuk di klik berbanding iklan dari “Warung mamat"
So, nih pada pendapat saya lah mengenai apa yang anda perlu buat jika nak memiliki banner menarik...kalau susah sangat, boleh serahkan pada saya terus. senang...huhu..
KAMIBLOGGER
0 Response to "RAHSIA PENGIKLANAN BANNER"