Subscribe to Zinmag Tribune
Subscribe to Zinmag Tribune
Subscribe to Zinmag Tribune by mail

iliu;i;

iu;ly;ii;;

KARANGAN BUDAK DARJAH 4

7:41 AM Posted by Dean
Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku.

Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi.



Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cubamenyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

KREDIT UNTUK PENGHANTAR EMAIL



KAMI BLOGGER

takkan baca je? jomlah komen sikit..
You can leave a response, or trackback from your own site.

10 Response to "KARANGAN BUDAK DARJAH 4"

  1. DaHLia Said,

    tinggi sungguh imaginasi budak ni..
    mesti sokmo tonton filem pembunuhan..

    Posted on October 19, 2009 at 3:05 PM

     
  2. cintaqaseh Said,

    mak datuk...
    dasyat tuh karangan dia...
    kiranya karangan nih ditulis sebelum ker atau selepas dia mati...
    huhuhu

    Posted on October 19, 2009 at 7:12 PM

     
  3. Mr azmie Said,

    dah mati pun leh tls karangan ke...huhuhu

    Posted on October 20, 2009 at 1:16 AM

     
  4. snifcollection Said,

    haha dasyat2 ouh.
    sempoi gilaa ayat..
    ultraman..transformer seme la ada...

    Posted on October 20, 2009 at 1:35 AM

     
  5. starcuz Said,

    karangan yg plik xmasuk akal penah aku baca dan sepanjang aku bace aku galk je dan sambil aku gelak aku membacanya..hehe

    Posted on October 20, 2009 at 2:10 AM

     
  6. saddam Said,

    hhehehe... betul2...tersenyum jew bile bace..
    tapi nie sume pengaruh tv..terlalu taksub... hehe :p

    Posted on October 20, 2009 at 3:15 AM

     
  7. HafizaH Said,

    bdk2 zalam skrg cm2 ek..seram 2l..

    Posted on October 21, 2009 at 12:02 AM

     
  8. kedahgurlz Said,

    ahahhahahahahhaha
    ehehhehehhehehheheheh
    huhuuhuhhuhuhuhuhuhuhuh
    hohoohohoohohohoohoho
    kahkahkahkahkahkahkahkahkahkah
    gaggagaggagaggaggagaga
    ngeee~~

    ni baru lawak antarabangsa nie..=p
    dahsyat budak zaman la nie..

    Posted on October 28, 2009 at 9:55 PM

     
  9. Tengkolok Hitam Said,

    memang fantasi tinggi giler la budak nih..lawak sampai terburai isi perut aku nih hahaha..

    Posted on October 30, 2009 at 10:46 PM

     
  10. loveiscinta Said,

    haha
    lwak nya
    pndai bdak ni

    Posted on November 1, 2009 at 12:50 AM

     

Post a Comment

shop

featured-video

product 6
DVDY

To create a shelf item, you create a div with a class of “simpleCart_shelfItem”.

$19.99 Add to Cart
product 7
CD

Any field you want for your item can be set by creating a tag with a class of “item_[field-name]”

$27.99 Add to Cart http://i604.photobucket.com/albums/tt130/metalner/simplexshop/evil-empire.png
product 8
Sample Game

To create the add to cart button create a tag with the class “item_quantity”.

$59.99 Add to Cart http://i604.photobucket.com/albums/tt130/metalner/simplexshop/the-incredibles.png
product 1
Sample DVD

To create a shelf item, you create a div with a class of “simpleCart_shelfItem”.

$14.99 Add to Cart http://i604.photobucket.com/albums/tt130/metalner/simplexshop/attack-release.png
product 2
Sample DVD 2

Any field you want for your item can be set by creating a tag with a class of “item_[field-name]”

$22.99 Add to Cart http://i604.photobucket.com/albums/tt130/metalner/simplexshop/evil-empire.png
product 3
Sample Game

To create the add to cart button create a tag with the class “item_quantity”.

$59.99 Add to Cart http://i604.photobucket.com/albums/tt130/metalner/simplexshop/the-incredibles.png
product 4
Sample CD

If can display info about the cart anywhere on your page.

$8.99 Add to Cart http://i604.photobucket.com/albums/tt130/metalner/simplexshop/wolverine-3.png
product 5
Sample CD 2

A class of simpleCart_total, will display the cart total value.

$8.97 Add to Cart http://i604.photobucket.com/albums/tt130/metalner/simplexshop/ghostbusters.png
Total: $43.47