Kini, catur adalah untuk semua tanpa mengira usia dan tiada istilah pencen bagi pemainnya. Pemain muda mengalahkan pemain yang berusia adalah perkara biasa.
Catur bukan hanya setakat permainan tetapi merupakan perangsang kepada kepintaran otak manusia.
Antara kebaikan bermain catur :
- Mencetuskan pemikiran secara logik. Untuk menyelamatkan King, segala pergerakan Pieces dan Pawn mestilah difikir dengan teliti.
- Melatih kita menyusun strategi. Strategi yang baik akan memastikan keselamatan King dan akhirnya buat checkmate ke atas King pihak lawan. Kemahiran ini sangat penting dalam kehidupan seharian. Strategi yang baik akan membawa kejayaan dalam kehidupan seseorang.
- Meningkatkan tahap penumpuan seseorang. Semasa bermain, kita hanya mempunyai satu matalamat iaitu untuk checkmate King pihak lawan dan jadi juara.
- Meningkatkan daya kreativiti dan Imaginasi seseorang. Dalam permainan catur terdapat banyak kombinasi yang dapat difikirkan untuk membuat pergerakan yang mengelirukan pihak lawan. Kita sentiasa mereka pergerakan baru.
- Mengajar seseorang untuk berdikari. Hanya kita yang menentukan segala pergerakan. Silap percaturan akan membawa padah. Realitinya, hanya orang yang berdikari mampu menempa kejayaan dalam kehidupan.
- Mengajar seseorang kemahiran membuat jangkaan dan berfikiran jauh ke hadapan. Kita mesti mampu menjangka pergerakan pihak lawan akibat dari pergerakan kita dan paling hebat ialah dapat meneka dengan tepat beberapa langkah ke hadapan. Begitu juga dengan kehidupan manusia. Orang yang bijak akan dapat melihat jauh ke depan dan berfikiran terbuka.
- Merangsang keyakinan diri. Kita mesti yakin pada diri untuk membuat pergerakan terbaik dan perancangan terbaik dengan menggunakan ilmu catur yang kita ada.
- Membentuk seseorang itu berusaha tanpa jemu. Lagi banyak latihan seseorang itu, makin bertambah baik permainannya. Belajar melalui kesilapan. Malah ada pendapat mengatakan bahawa kita akan belajar lebih dari permainan yang kita kalah dibandingkan dari permainan yang kita menang. Melatih kita supaya tidak takut mencuba.
- Meningkatkan kemahiran matematik. Percaturan yang dibuat sentiasa memaksa otak untuk berfikir. Dengan ini otak sentiasa membuat pengiraan yang tepat dan tangkas.
- Membentuk pemikiran secara saintifik dan analitik. Semasa bermain, kita mencipta berbagai variasi pergerakan. Kita mencuba idea yang baru dan meneka keberangkalian dari percubaan itu. Setelah menganalisa pergerakan yang kita buat, kita akan berakhir dengan formula yang lebih tepat.
- Meningkatkan prestasi seseorang pelajar. Dengan segala kemahiran di atas sudah tentu seseorang pelajar itu dapat menguasai pelajaran dengan baik dan cemerlang.
mykedai.biz Said,
I also love chess, dah lama tak main. Habis sekolah menengah then dah takder kaki...main kat net tak syiok hehe....anyway nice to know averybody...
Posted on October 5, 2009 at 2:39 AM