Subscribe to Zinmag Tribune
Subscribe to Zinmag Tribune
Subscribe to Zinmag Tribune by mail

iliu;i;

iu;ly;ii;;

UCAPAN SAYA SEMPENA HARI GURU

4:48 AM Posted by Dean
SALAM,
Nama saya Nur Ahmad Faiz Mohd Azmi,18. Di sini saya ingin membuat ucapan kepada guru-guru saya di sekolah menengah kebangsaan kelibang, Langkawi. Walaupun keputusan saya kurang memuaskan, saya tak akan salahkan guru-guru. Kerana apa yang saya lalui sekarang ialah my great destiny dan saya bersyukur kerana mendapat result SPM ini.
Saya akan menceritakan kisah saya dengan setiap guru yang mengajar saya dan juga guru-guru lain. Orang sering kata pelajar mudah lupa pengajar apabila tamat persekolahan. Tetapi saya pasti akan ingat setiap pengajar saya sepanjang hidup saya.

Pn. Hafidzah bt. Yob (guru bahasa melayu)
Inilah satu-satunya cikgu yang saya tidak sempat Mohon Maaf. Memang saya sering cuba datang ke sekolah untuk berjumpa dengan cikgu. Tapi takde motor lah plak...huhu.. Saye masih rasa tak tenang selagi tak meminta maaf. So disini saya ingin memohon maaf pada cikgu atas sikap saya yang tidak baik. sekarang baru rasa tenang...huhu....Kemarahan cikgu telah menyedarkan saya untuk memperbaiki semula bahasa melayu saya. Sebenarnya saya sengaja menulis karangan ala-ala lawak supaya suasana kelas menjadi ceria. Setiap kali cikgu tersenyum, saya pasti akan seronok. Tapi semenjak cikgu memarahi saya, saya mula menjadi serius terhadap bahasa melayu. Kini saya bersyukur kerana saya lulus dalam bahasa melayu. Terima kasih cikgu.

En. Zainon b. Yon (guru addmath)
Cikgu, mesti cikgu masih tak tahu kenapa dan sejak bila saya mula menyukai Matematik.
Macam nih kisahnya, sewaktu tingkatan 4. Orang kata tahun form 4 sesuai untuk holiday...huhu... Saya pun terikut juga... Setiap kerja sekolah yang cikgu bagi, Saya tak endahkan sebab saya banyak melompat sana-sini dari bangunan ke bangunan. Orang asyik kata pemain chess beruntung kerana akan bijak math. Tetapi saya langsung tak percaya kerana saya sangat lemah matematik. Saya langsung tak pernah lulus AddMath. Sehingga suatu ketika hari tuh sewaktu giliran cikgu pula mengajar, Cikgu minta semua letakkan kerja sekolah semalam atas meja. Saya terkejut bangat waktu tuh, "eh..ade homework ek?"... So, cikgu rotan saya dengan teruk aritu.. Tapi tak rase ape-ape lah sebab dah biasa dah. Sakit cuma ditangan, bukannya di hati. Sejak itulah saya memulakan hidup baru saya sebagai Matematik master. Setelah dirotan hari tu, Saya pulang ke rumah dan terus membuka buku matematik siang malam dan juga pagi. Saya banyak berfikir mengenai rahsia matematik, dan saya berjaya membuat satu formula mengira dengan pantas. sehingga lah suatu hari itu, tibalah exam Addmath. Saya tetap berjumpa dengan cikgu tanpa segan dan mula belajar secara personal dari cikgu. Alhamdullilah saya berjaya score A1 akhirnya.
So, itulah kisah saya sebagai peminat matematik yang berpunca daripada cikgu.
tapi, ade sesuatu yang saya takut cikgu tau waktu form 5. Sebenarnya saya tak pernah ada buku latihan ADDMATH...huhu...itu je...
terima kasih cikgu.


Pn. Wan Sauda bt. Md. Zain (Guru math)
Cikgu, Saya ingin berterima kasih atas teguran cikgu terhadap penampilan saya sebagai pelajar. Teguran cikgu banyak mengubah saya. Saya selalu tertunggu-tunggu pelajaran mathmod. Kehadiran cikgu sebagai pengajar sangat menceriakan suasana kelas. Saya juga mula meminati mathmod sejak cikgu marah saya arituh. Exam math tak pernah pun saye score A1 tapi akhirnya saye berjaya gak score A1 waktu SPM. Terima kasih cikgu.

Pn. Azlina bt. Ahmad (guru bahasa inggeris)
Cikgu, saya ingin minta maaf sebab menghampakan cikgu dalam exam SPM. Saye pun tak sangka setelah mendapat result SPM. Tapi saya tetap sangat bersyukur dengan apa yang saya dapat. Sudah tentu ade Hikmah...Cikgulah yang sentiasa memotivasikan saya untuk menjadi lebih baik. Cikgu seorang yang sangat mesra dan senang berbual. Cikgu sentiasa cuba membantu saya dalam apa sahaja pun...
terima kasih cikgu.

Pn. Hairani bt. Abu Amin (guru fizik)
Cikgu, Kali pertama cikgu mengajar saya, Saya ingatkan tamatlah riwayat saye waktu tuh sebab cikgu tak senyum....tegang je...tapi rupanya cikgu seorang yang sporting dan mudah tersenyum. Cikgu seorang yang cantik dan nampak masih muda, so, saya anggap cikgu seperti kakak saya. Sehingga sekarang saya masih tak tahu umur cikgu dan saya masih rasakan cikgu berumur 20 something. Saya juga tak menyesal melihatkan keputusan kurang memuaskan. Saya amat bersyukur dengan keputusan tuh. Pengajaran cikgu pun amat menceriakan suasana kelas. Terima kasih cikgu.

Pn. Marina bt. Maharoff (guru kimia)
Cikgu, Cikgulah satu-satunya cikgu yang tak pernah merotan saya mahupun memarahi saya. Ada ketika saya bersikap tak baik, cikgu menasihati saya seperti seorang ibu kepada anak. Saya amat kagum dengan cikgu kerana mempunyai tahap kesabaran yang murni. Senyuman di wajah cikgu pun sudah memadai untuk menceriakan saya. Terima kasih cikgu.

Pn. Thavamani a/p Murugaya (guru akaun)
cikgu, Maybe kelakuan saya menyebabkan cikgu marah. Tetapi setiap kemarahan cikgu tidak pernah pun saya simpan di hati because setiap kemarahan cikgu, saya gunakan sebagai inspirasi untuk saya belajar akaun. Saya sentiasa berharap cikgu dapat memarahi saya seteruk yang mungkin supaya saya dapat meminati akaun. Rahsia diri saya ialah "kemarahan hanya akan membangunkan saya". Bukannya saya sengaja buat-buat rahsia ini. tapi saya mula mengenal diri saya setiap kali dimarahi oleh sesiapa pun. Saya amat bersyukur kerana cikgu mengajar saya. Terima kasih cikgu.

Pn. Halimaton bt. Md Zain (Guru sejarah)
Cikgu, Saya amat kesal kerana tak meminati sejarah sewaktu persekolahan. Tetapi kini saya telah sedar betapa pentingnya sejarah . Bukannya saya tak meminati sejarah tetapi kerana terlalu minat terhadap matematik...huhu... Pengajaran cikgu amat amat bermakna kepada saya sehingga sekarang.. kerana saya sudah mula mempelajari sejarah walaupun tidak bersekolah lagi. Cikgu juga seorang yang baik hati malah kurang memarahi saya. Pasti best kalau cikgu marah pada saya waktu form 5...barulah saya akan jadi history master pula...huhu...bukannya kata-kata kosong tau, tetapi benar...huhu....so, saya ingin berterima kasih kepada cikgu.

Pn. Nor Shafiza bt. Che Had (guru EST)
Cikgu, cikgulah yang paling sporting...muda, dan beautiful...huhu... Saya terkejut gak cikgu mahir mahir bahasa cina... Seronok bersembang dengan cikgu ...cikgu sporting dalam bersembang apa-apa pun...So, best sebab suasana kelas menjadi ceria bila cikgu masuk ke kelas...Saya pun menganggap cikgu seperti kakak saya sebab betapa kasihnya cikgu terhadap pelajar cikgu seperti adik-adik cikgu...huhu
terima kasih cikgu

Tn. Sy. Ahmad Khairil b. Sy. Abdullah (guru matapelajaran agama)
Cikgu, ...mesti ingat lagi kat saya?... Cikgu seorang yang sporting dan nampak tampan...huhu.....cikgu bebas bersembang apa sahaja dengan saya dan kehadiran cikgu di kelas amat amat menceriakan suasana. Arituh cikgu bawa saya pergi ke perlawanan chess di keat hwa, So, Saya ingin berterima kasih kepada cikgu.


so, maybe setakat ini sahaja ucapan saya untuk cikgu sempena hari guru ini. keadaan saya sekarang Alhamdullilah sihat dan saya telah menceburi bidang usahawan online iaitu sebagai pereka banner, pereka graphic dan logo, Saya juga memiliki Pasaraya online iaitu "FCUMALL". Saya juga memiliki perniagaan advertising online. So far, pengajaran cikgu menjadikan saya seperti sekarang. Saya berharap tiada yang rasa kecewa dengan saya walaupun result SPM arituh kurang memuaskan...memang ade HIKMAH..
SYUKUR.

Saya berharap cikgu-cikgu sihat juga...
SALAM.

FCUBOOK
Gudang ilmu untuk semua
You can leave a response, or trackback from your own site.

0 Response to "UCAPAN SAYA SEMPENA HARI GURU"

Post a Comment

shop

featured-video

product 6
DVDY

To create a shelf item, you create a div with a class of “simpleCart_shelfItem”.

$19.99 Add to Cart
product 7
CD

Any field you want for your item can be set by creating a tag with a class of “item_[field-name]”

$27.99 Add to Cart http://i604.photobucket.com/albums/tt130/metalner/simplexshop/evil-empire.png
product 8
Sample Game

To create the add to cart button create a tag with the class “item_quantity”.

$59.99 Add to Cart http://i604.photobucket.com/albums/tt130/metalner/simplexshop/the-incredibles.png
product 1
Sample DVD

To create a shelf item, you create a div with a class of “simpleCart_shelfItem”.

$14.99 Add to Cart http://i604.photobucket.com/albums/tt130/metalner/simplexshop/attack-release.png
product 2
Sample DVD 2

Any field you want for your item can be set by creating a tag with a class of “item_[field-name]”

$22.99 Add to Cart http://i604.photobucket.com/albums/tt130/metalner/simplexshop/evil-empire.png
product 3
Sample Game

To create the add to cart button create a tag with the class “item_quantity”.

$59.99 Add to Cart http://i604.photobucket.com/albums/tt130/metalner/simplexshop/the-incredibles.png
product 4
Sample CD

If can display info about the cart anywhere on your page.

$8.99 Add to Cart http://i604.photobucket.com/albums/tt130/metalner/simplexshop/wolverine-3.png
product 5
Sample CD 2

A class of simpleCart_total, will display the cart total value.

$8.97 Add to Cart http://i604.photobucket.com/albums/tt130/metalner/simplexshop/ghostbusters.png
Total: $43.47