Subscribe to Zinmag Tribune
Subscribe to Zinmag Tribune
Subscribe to Zinmag Tribune by mail

iliu;i;

iu;ly;ii;;
ALOR SETAR 12 Jun - Kementerian Kesihatan akan mengaktifkan semula Jawatankuasa Kebangsaan antara Kementerian bermula minggu depan bagi memastikan langkah-langkah yang diumumkan di peringkat pusat untuk menangani influenza A (H1N1) turut dipraktikkan ke peringkat akar umbi.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh beliau dan beberapa kementerian akan bekerjasama untuk berbincang mencari jalan terbaik bagi mengelakkan virus itu terus tersebar ke negara ini.

''Antara kementerian yang terlibat dalam jawatankuasa ini adalah seperti Kementerian Penerangan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan lain-lain lagi.

''Jawatankuasa ini diaktifkan bagi memudahkan kementerian yang terlibat untuk menggubal dasar baru dengan cepat bagi menangani penularan wabak influenza A (H1N1) ini," ujarnya selepas menghadiri Persidangan MCA Negeri Kedah di sini hari ini.

Menurut Tiong Lai, semalam Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan bahawa virus influenza A (H1N1) telah mencapai tahap enam iaitu pandemik yang bermaksud jangkitan penyakit secara besar-besaran.

Jelas beliau, setelah tahap wabak ini dinaikkan ke tahap enam Kementerian telah menggariskan langkah-langkah yang perlu diambil bagi memastikan wabak ini dapat dikawal daripada terus merebak ke negara ini.

Beliau memberitahu, selain daripada mengaktifkan jawatankuasa kebangsaan antara kabinet, pihak kementerian juga bercadang untuk mengaktifkan Majlis Keselamatan Negara bagi menyelaraskan aktiviti pencegahan dan kawalan virus influenza A (H1N1).

''Jika ada penularan wabak yang berlaku di dalam negara kita memerlukan bantuan daripada Majlis Keselamatan Negara untuk mengelakkan wabak ini daripada terus menular.

''Sehingga hari ini, tidak ada kes yang melibatkan penularan penyakit ini dari dalam negara kita dan 11 pesakit yang disahkan positif H1N1 mendapat jangkitan tersebut ketika berada di luar negara," katanya.

Selain itu, Tiong Lai berkata, pihak kementerian mahu pihak hospital, klinik kesihatan serta doktor mempunyai sikap berjaga-jaga serta mengambil tindakan segera untuk merujuk pesakit yang mempunyai simptom H1N1 kepada pihak kementerian.

''Pihak kementerian akan mengkuarantin pesakit serta mereka yang berhubung dengan pesakit yang disyaki terkena jangkitan virus ini.

''Selain itu kita menyeru orang ramai untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan segera berjumpa doktor sekiranya mereka diserang demam serta selesema," ujarnya.

Kata beliau, langkah-langkah saringan awal virus ini di setiap pintu masuk negara seperti di lapangan terbang akan terus diperketatkan.

''Sehingga kini kebanyakan kes jangkitan penyakit ini dapat dikesan ketika ujian saringan kesihatan dijalankan di pintu-pintu masuk negara.

''Yang paling penting sekarang ialah orang ramai perlu sedar tentang bahaya wabak ini yang sedang meragut nyawa manusia di seluruh dunia dengan pantas sekali,'' jelasnya.


Sumber dari Utusan

FCUBOOK
Gudang ilmu untuk semua
You can leave a response, or trackback from your own site.

0 Response to "Jawatankuasa tangani virus H1N1 diaktifkan"

Post a Comment

shop

featured-video

product 6
DVDY

To create a shelf item, you create a div with a class of “simpleCart_shelfItem”.

$19.99 Add to Cart
product 7
CD

Any field you want for your item can be set by creating a tag with a class of “item_[field-name]”

$27.99 Add to Cart http://i604.photobucket.com/albums/tt130/metalner/simplexshop/evil-empire.png
product 8
Sample Game

To create the add to cart button create a tag with the class “item_quantity”.

$59.99 Add to Cart http://i604.photobucket.com/albums/tt130/metalner/simplexshop/the-incredibles.png
product 1
Sample DVD

To create a shelf item, you create a div with a class of “simpleCart_shelfItem”.

$14.99 Add to Cart http://i604.photobucket.com/albums/tt130/metalner/simplexshop/attack-release.png
product 2
Sample DVD 2

Any field you want for your item can be set by creating a tag with a class of “item_[field-name]”

$22.99 Add to Cart http://i604.photobucket.com/albums/tt130/metalner/simplexshop/evil-empire.png
product 3
Sample Game

To create the add to cart button create a tag with the class “item_quantity”.

$59.99 Add to Cart http://i604.photobucket.com/albums/tt130/metalner/simplexshop/the-incredibles.png
product 4
Sample CD

If can display info about the cart anywhere on your page.

$8.99 Add to Cart http://i604.photobucket.com/albums/tt130/metalner/simplexshop/wolverine-3.png
product 5
Sample CD 2

A class of simpleCart_total, will display the cart total value.

$8.97 Add to Cart http://i604.photobucket.com/albums/tt130/metalner/simplexshop/ghostbusters.png
Total: $43.47