Subscribe to Zinmag Tribune
Subscribe to Zinmag Tribune
Subscribe to Zinmag Tribune by mail

iliu;i;

iu;ly;ii;;

KEISTIMEWAAN KISMIS!

7:17 PM Posted by Dean
Adik gemar makan kismis!
SEORANG ibu pernah mengajukan soalan pada satu sesi soal jawab di laman web tentang kegemaran anak lelakinya yang berusia dua tahun memakan dua hingga tiga kotak kismis setiap hari. Walaupun tahu dengan khasiat dan kebaikan kismis, si ibu tetap bimbang tentang kuantiti yang patut diambil oleh anak kecilnya.
Pakar pemakanan di laman web California Raisin kemudian memberi jawapan yang melegakan si ibu. Kata pakar tersebut, memang kanak-kanak mempunyai tabiat makan yang agak pelik, bagaimanapun ia akan berubah seiring penambahan usia mereka.
Sebagai kanak-kanak aktif mereka memerlukan lebih tenaga untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti bermain, berlari, memanjat dan sebagainya. Kanak-kanak berusia dua tahun memerlukan kira-kira 1,300 jumlah kalori sehari. Jumlah tersebut memadai untuk pertumbuhan dan pembesaran seorang kanak-kanak normal.
Pakar pemakanan yang hanya dikenali dengan nama Bernadine berkata, cara mendapatkan tenaga tersebut ialah dengan mempelbagaikan makanan dalam diet anak-anak.
Antaranya dengan menyediakan tiga jenis hidangan susu atau susu dengan produk tinggi kalsium lain. Dua hidangan daging, empat hidangan buah dan sayuran dan empat hidangan roti dan bijirin.
Saiz kuantiti hidangan meningkat sebanyak suku cawan apabila usia mereka bertambah dari tahun ke tahun hinggalah empat tahun.
Kata Bernadine, mengenai had berapa banyak kismis yang kanak-kanak berusia dua tahun sepatutnya ambil, ia bergantung kepada kepelbagaian makanan lain yang diambil dalam diet harian mereka.
Ia juga bergantung pada sejauh mana tubuh anak-anak boleh menerima kandungan fiber yang terdapat dalam kismis yang dimakan. Jika anak banyak meminum susu, daging, roti dan bijirin, kismis elok untuk melengkapkan kandungan pengambilan fibernya.

1001 khasiat buah anggur kering

Kisah sama mungkin dikongsi oleh ramai ibu di negara yang berdepan dengan dilema tidak pasti kuantiti makanan yang harus diambil oleh anak-anak mereka.
Pakar pemakanan klinikal di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur, Tan Yen Sing memberitahu, setiap daripada ibu bapa perlu mempunyai ilmu tentang kandungan khasiat serta kalori sesuatu makanan sebelum mengambilnya sebagai sebahagian daripada diet harian.
"Bagi kanak-kanak hingga dewasa, kismis boleh dimakan begitu sahaja atau menjadikannya sebagai hidangan dalam makanan yang diambil.
Dengan mengamalkannya, seseorang itu akan mendapat jantung yang sihat, mengurangkan risiko kanser kolon.
Kismis mengandungi inulin, iaitu sejenis probiotik yang menggalakkan pertumbuhan bakteria baik, seperti lactobacilli dan bifidobacteria yang boleh didapati dalam yogurt," katanya
Beliau yang juga merupakan ahli Persatuan Nutrisi Malaysia, ditemui selepas majlis sarapan dan makan tengahari menggunakan California Raisin di The Ascot, Jalan Pinang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Ye Sing memberitahu bahawa kismis adalah sejenis makanan yang menghapuskan lemak.
"Kismis berasal daripada buah anggur yang dikeringkan. Kajian yang dijalankan di University of Ulm di Jerman mendapati kismis mengandungi resveratrol, sejenis bahan yang terdapat dalam buah yang membantutkan pertambahan sel pra lemak preadipocytes. Ia seterusnya menghentikan sel pra lemak tersebut daripada menjadi sel lemak matang," tambahnya.
Jadi katanya, tiada alasan untuk seseorang individu untuk tidak mengambil kismis sebagai sebahagian dari diet harian mereka.
"Apatah lagi kismis bukanlah sesuatu makanan yang mahal, ia juga amat praktikal dan mudah dibawa ke mana sahaja," jelasnya.
Suku cawan kismis sama dengan sepinggan buah
Menurut Ye Sing, mengambil suku hidangan kismis sudah cukup untuk memberikan khasiat fiber yang diperlukan tubuh setiap hari.
"Kismis mengandungi bahan anti oksida yang tinggi. Kismis tidak mengandungi sodium dan tiada kandungan lemak atau kolesterol.
"Di dalam kismis juga mengandungi fruktosa iaitu sumber gula semula jadi dalam buah yang merupakan sumber tenaga yang baik.
"Mengamalkan pengambilannya juga memberi perlindungan dari tekanan yang berkait dengan penuaan serta penyakit," tambahnya.
Selain itu, kismis juga mengandungi zat besi yang menambah penghasilan hemoglobin yang membekalkan oksigen dalam tubuh.
"Jangan terkejut kerana kajian di Universiti Pergigian Kolej Chicago mendapati kismis mengandungi bahan phytochemical yang menyekat pembiakan bakteria dalam mulut.
"Ia sekali gus memberikan perlindungan terhadap gusi anda. Walaupun ia manis dan melekat di gigi tapi ia baik untuk kesihatan oral anda, itulah kismis," jelasnya.

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL

Sumber:Utusan Online



FCUBOOK
Gudang ilmu untuk semua
You can leave a response, or trackback from your own site.

0 Response to "KEISTIMEWAAN KISMIS!"

Post a Comment

shop

featured-video

product 6
DVDY

To create a shelf item, you create a div with a class of “simpleCart_shelfItem”.

$19.99 Add to Cart
product 7
CD

Any field you want for your item can be set by creating a tag with a class of “item_[field-name]”

$27.99 Add to Cart http://i604.photobucket.com/albums/tt130/metalner/simplexshop/evil-empire.png
product 8
Sample Game

To create the add to cart button create a tag with the class “item_quantity”.

$59.99 Add to Cart http://i604.photobucket.com/albums/tt130/metalner/simplexshop/the-incredibles.png
product 1
Sample DVD

To create a shelf item, you create a div with a class of “simpleCart_shelfItem”.

$14.99 Add to Cart http://i604.photobucket.com/albums/tt130/metalner/simplexshop/attack-release.png
product 2
Sample DVD 2

Any field you want for your item can be set by creating a tag with a class of “item_[field-name]”

$22.99 Add to Cart http://i604.photobucket.com/albums/tt130/metalner/simplexshop/evil-empire.png
product 3
Sample Game

To create the add to cart button create a tag with the class “item_quantity”.

$59.99 Add to Cart http://i604.photobucket.com/albums/tt130/metalner/simplexshop/the-incredibles.png
product 4
Sample CD

If can display info about the cart anywhere on your page.

$8.99 Add to Cart http://i604.photobucket.com/albums/tt130/metalner/simplexshop/wolverine-3.png
product 5
Sample CD 2

A class of simpleCart_total, will display the cart total value.

$8.97 Add to Cart http://i604.photobucket.com/albums/tt130/metalner/simplexshop/ghostbusters.png
Total: $43.47