Subscribe to Zinmag Tribune
Subscribe to Zinmag Tribune
Subscribe to Zinmag Tribune by mail

iliu;i;

iu;ly;ii;;

Sirip ekor pesawat Air France ditemui

4:22 PM Posted by Dean
FERNANDO DE NORONHA, Brazil 9 Jun - Tentera laut Brazil menemui bahagian sirip ekor pesawat Air France yang terhempas di Lautan Atlantik pada minggu lalu serta tujuh lagi mayat ditemui semalam, menjadikan jumlah mayat yang dijumpai setakat ini meningkat kepada 24.

Menurut pegawai Brazil, penemuan sirip ekor itu semalam merupakan elemen paling penting buat masa ini bagi menentukan punca bagaimana pesawat Airbus A330 itu boleh terhempas pada 1 Jun lalu ketika dalam perjalanan dari Rio de Janeiro ke Paris.

Kotak hitam pesawat penumpang itu dipasang di bahagian ekor pesawat dan lokasi penemuan sirip ekor tersebut boleh membantu pasukan pencari mengecilkan ruang pencarian di dasar laut yang akan dilaksanakan anggota kapal selam Perancis yang dijangka tiba ke lokasi kejadian esok.

Jurucakap tentera udara, Leftenan Kolonel Henry Munhoz semalam berkata, sebuah kapal perang Brazil yang membawa 16 mayat mangsa bersama-sama serpihan pesawat dijangka tiba di kepulauan Fernando de Noronha, awal hari ini.

Jelas beliau, dari pulau itu, mayat-mayat mangsa serta serpihan pesawat akan diterbangkan ke tanah besar bandar tepi pantai Recife, di mana penyiasat berharap dapat mengenal pasti mayat dengan memeriksa rekod pergigian dan sampel Asid Deoksiribonukleik (DNA) yang diperoleh daripada ahli keluarga.

Tambahnya, para penyiasat turut akan meneliti komponen-komponen pesawat yang dibawa ke Recife.

Menurut satu kenyataan tentera udara, mayat-mayat lain yang baru dijumpai juga bakal dibawa ke Recife sedikit masa lagi.

Pasukan pencari Brazil dan Perancis hari ini meneruskan operasi di sekitar lokasi kejadian kira-kira 1,100 kilometer dari timur laut pantai Brazil bagi mendapatkan lebih banyak mayat dan serpihan pesawat.

Masa semakin suntuk bagi mencari kotak hitam pesawat yang dipercayai berada di dasar laut pada kedalaman sehingga 6,000 meter. Isyarat suar kotak hitam itu dijangka berhenti beroperasi dalam masa tiga minggu. - AFP


Sumber dari Utusan.


FCUBOOK
Gudang ilmu untuk semua
You can leave a response, or trackback from your own site.

0 Response to "Sirip ekor pesawat Air France ditemui"

Post a Comment

shop

featured-video

product 6
DVDY

To create a shelf item, you create a div with a class of “simpleCart_shelfItem”.

$19.99 Add to Cart
product 7
CD

Any field you want for your item can be set by creating a tag with a class of “item_[field-name]”

$27.99 Add to Cart http://i604.photobucket.com/albums/tt130/metalner/simplexshop/evil-empire.png
product 8
Sample Game

To create the add to cart button create a tag with the class “item_quantity”.

$59.99 Add to Cart http://i604.photobucket.com/albums/tt130/metalner/simplexshop/the-incredibles.png
product 1
Sample DVD

To create a shelf item, you create a div with a class of “simpleCart_shelfItem”.

$14.99 Add to Cart http://i604.photobucket.com/albums/tt130/metalner/simplexshop/attack-release.png
product 2
Sample DVD 2

Any field you want for your item can be set by creating a tag with a class of “item_[field-name]”

$22.99 Add to Cart http://i604.photobucket.com/albums/tt130/metalner/simplexshop/evil-empire.png
product 3
Sample Game

To create the add to cart button create a tag with the class “item_quantity”.

$59.99 Add to Cart http://i604.photobucket.com/albums/tt130/metalner/simplexshop/the-incredibles.png
product 4
Sample CD

If can display info about the cart anywhere on your page.

$8.99 Add to Cart http://i604.photobucket.com/albums/tt130/metalner/simplexshop/wolverine-3.png
product 5
Sample CD 2

A class of simpleCart_total, will display the cart total value.

$8.97 Add to Cart http://i604.photobucket.com/albums/tt130/metalner/simplexshop/ghostbusters.png
Total: $43.47