
Berjuta orang di Asia berpeluang menyaksikan gerhana matahari paling lama abad ini pada hari Rabu dengan India dan China akan dilitupi kegelapan.
Ramai saintis dan ahli astronomi dijangka akan datang dari jauh semata-mata untuk menyaksikan gerhana selama 5 minit ini.
Gerhana ini akan mula kelihatan di Teluk Khambhat,utara Mumbai dan bergerak ke arah barat India,Nepal,Burma,Bangladesh,Bhutan dan China sehingga ke Pasifik.Kemudian di akan melintasi sesetengah pulau-pulau di bahagian selatan Jepun dan akan berakhir di daratan Pulau Nikumaroro,Selatan Pasifik di negara Kiribati.
Secara keseluruhannya,gerhana ini boleh dilihat di kebanyakan negara Asia dan gerhana yang paling lama berlaku sebelum ini pada Ogos 2008 iaitu selama 2 minit dan 27 saat.Gerhana ini dijangka akan berlaku selama 6 minit dan 39 saat.
Alphonse Sterling,ahli astronomi NASA yang akan memerhatikan gerhana ini dari China berkata saintis akan mengambil peluang ini untuk memahami letusan plasma di matahari seperti kenapa dan bagaimana letusan itu boleh terjadi.
"Peluang seperti ini amat istimewa kerana kita terpaksa menunggu sehingga beratus tahun lamanya untuk fenomena ini berlaku lagi"ujar Shoa Zenyi,ahli astronomi di Pusat Penyelidikan Astronomi Shanghai kepada AP.
"Saintis Matahari",Lucie Green dari Universiti London sanggup belayar dengan kapal persiaran AS untuk menunggu di titik di mana bayang bulan akan kelihatan begitu dekat dengan bumi.'Suhu korona pada matahari adalah 2 juta darjah celcius tetapi apakah puncanya berkait rapat dengan tindakbalas di korona yang menghasilkan gelombang pemanasan.Ini akan mejadikan kita lebih mengenal ilmu sains matahari"ujar beliau.
Gerhan berikutnya dijangka pada 11 July 2010 dan boleh dilihat di koridor tengah di selatan hemispera,dari selatan Lautan Pasifik hingga ke Argentina.
FCUBOOK
Gudang ilmu untuk semua
0 Response to "GERHANA MATAHARI DI NEGARA ASIA!"