Seorang ibu dari Korea Selatan mendapat gantirugi berjumlah $56,000 US Dolar atas kecuaian jururawat hospital yang menukar anaknya yang sebenar dengan anak orang lain.Kecuaian itu berlaku 16 tahun yang lalu dan dia baru menyedari perkara tersebut apabila melakukan ujian DNA terhadap anak perempuan nya dan mendapati DNA anaknya tidak sama dengannya mahupun suaminya.Beliau yang melahirkan anaknya di sebuah hospital di Guri, Bandar Gyeonggi pada tahun 1992 mahu melihat fail perubatan dengan tujuan mengesan lokasi anak kandungnya itu.Mahkamah Perlembagaan Pusat Seoul menghalang permintaan beliau untuk melihat fail peribadi anak perempuan yang lahir pada masa tersebut atas dasar memelihara maklumat sulit peribadi warganegara.Mahkamah mengarahkan pihak hospital membayar gantirugi tersebut kerana menyebabkan "gangguan mental" kepada ibu tersebut."Pihak hospital bertanggungjawab mengambil perhatian sepenuhnya terhadap bayi yang baru lahir dan menyerahkan setiap satu bayi tersebut kepada ibu-bapanya yang sebenar"tegas makhamah ketika pembicaraan sedang berlangsung.
FCUBOOK
Gudang ilmu untuk semua






0 Response to "IBU DAPAT GANTIRUGI $56,000 US AKIBAT KECUAIAN JURURAWAT!"