Subscribe to Zinmag Tribune
Subscribe to Zinmag Tribune
Subscribe to Zinmag Tribune by mail

iliu;i;

iu;ly;ii;;

MARK WEBBER CAPAI KEMENANGAN SULUNG!

3:32 PM Posted by Dean
NURBURGRING, Jerman - Mark Webber merangkul kejayaan Formula Satu (F1) sulungnya dan yang pertama buat Australia sejak 1981 apabila dia memimpin rakan sepasukan Sebastian Vettel memenangi kedudukan satu-dua bagi Red Bull dalam Grand Prix Jerman, semalam.

Webber, dalam perlumbaannya ke-130 selepas lapan tahun menceburi sukan F1 ini, bermula dari petak depan pertamanya dan mengharungi penalti pemanduan terus kerana satu perlanggaran pusingan pertama dalam laluannya menuju satu kemenangan gemilang di litar banjaran Eifel.

Pemandu berusia 32 tahun dari Queanbeyan di New South Wales, di depan dengan 9.3 saat daripada Vettel ketika dia berlumba bagi satu kejayaan yang membuka luas perebutan bagi kejohanan dunia.

Webber berada di tempat ketiga dalam persaingan gelaran keseluruhan dengan 45.5 mata di belakang pendahulu dari Britain, Jenson Button yang mengumpul 68 mata dan Vettel, 47.

Rubens Barrichello dari Brazil memiliki 44 mata dan di tangga keempat.

Dua pelumba Red Bull menduduki tempat pertama dan kedua di depan pelumba Ferrari, Felipe Massa dari Brazil yang menaiki podium pertamanya tahun ini dengan Nico Rosberg dari Jerman, keempat buat Williams.

Button bergelut bagi menduduki tempat kelima di depan rakan sepasukan Barrichello, pasangan Brawn mengetepikan satu cabaran lewat daripada juara dunia dua kali dari Sepanyol, Fernando Alonso dari Renault.

Pelumba Finland, Heikki Kovalainen muncul di tempat kelapan bagi McLaren Mercedes.

Juara dunia dari Britain, Lewis Hamilton menduduki tempat ke-18 dan terakhir selepas pacuan garang pada pusingan pembukaan yang menyaksikannya terlibat dalam satu perlanggaran dengan Webber hingga tayar pancit.

Webber merempuh kereta Barrichello dalam pergerakan dari permulaan ke selekoh pertama, satu perlanggaran yang menghukumnya dengan penalti pemanduan terus tetapi dia mengatasinya dengan satu pemanduan mempesona untuk menang.

Disaksikan oleh bapanya, Alan, seorang pengedar motosikal di Australia, Webber mencapai kejayaan yang mengakhiri penantian panjang Australia bagi seorang lagi pemenang sejak Alan Jones menang di Las Vegas pada Grand Prix Amerika Syarikat 1981.

Ketika dia melengkapkan pusingan terakhir, Webber menjerit kuat dengan gembira: "Yeah, yeh, yeh. Oh ya. Anda cantik! Ya!"

Dan bos pasukannya, Christian Horner berkata: "Mark Webber - anda seorang pemenang Grand Prix. Tahniah. Anda berjaya!"

November lalu, dia patah kaki dan bahu dalam satu perlanggaran dengan sebuah kereta ketika menunggang sebuah basikal di Tasmania. - AFP







FCUBOOK
Gudang ilmu untuk semua
You can leave a response, or trackback from your own site.

0 Response to "MARK WEBBER CAPAI KEMENANGAN SULUNG!"

Post a Comment

shop

featured-video

product 6
DVDY

To create a shelf item, you create a div with a class of “simpleCart_shelfItem”.

$19.99 Add to Cart
product 7
CD

Any field you want for your item can be set by creating a tag with a class of “item_[field-name]”

$27.99 Add to Cart http://i604.photobucket.com/albums/tt130/metalner/simplexshop/evil-empire.png
product 8
Sample Game

To create the add to cart button create a tag with the class “item_quantity”.

$59.99 Add to Cart http://i604.photobucket.com/albums/tt130/metalner/simplexshop/the-incredibles.png
product 1
Sample DVD

To create a shelf item, you create a div with a class of “simpleCart_shelfItem”.

$14.99 Add to Cart http://i604.photobucket.com/albums/tt130/metalner/simplexshop/attack-release.png
product 2
Sample DVD 2

Any field you want for your item can be set by creating a tag with a class of “item_[field-name]”

$22.99 Add to Cart http://i604.photobucket.com/albums/tt130/metalner/simplexshop/evil-empire.png
product 3
Sample Game

To create the add to cart button create a tag with the class “item_quantity”.

$59.99 Add to Cart http://i604.photobucket.com/albums/tt130/metalner/simplexshop/the-incredibles.png
product 4
Sample CD

If can display info about the cart anywhere on your page.

$8.99 Add to Cart http://i604.photobucket.com/albums/tt130/metalner/simplexshop/wolverine-3.png
product 5
Sample CD 2

A class of simpleCart_total, will display the cart total value.

$8.97 Add to Cart http://i604.photobucket.com/albums/tt130/metalner/simplexshop/ghostbusters.png
Total: $43.47