Subscribe to Zinmag Tribune
Subscribe to Zinmag Tribune
Subscribe to Zinmag Tribune by mail

iliu;i;

iu;ly;ii;;
PULAU PINANG 13 Julai - Empat penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) mencatat sejarah apabila berjaya merangkul tempat pertama dalam Pertandingan The Worldwide Imagine Cup 2009 di Kaherah, Mesir 2 Julai lalu.

Tiga lagi rakan mereka yang turut bertanding dalam pertandingan sama pula memenangi tempat ketiga.

Pemangku Naib Canselor USM, Profesor Omar Osman berkata, dalam pertandingan itu, empat anggota kumpulan Cosmic; Jasy Liew Suet Yan, Ooi Keng Siang, Matthew Phiong Yoon Kheong dan Loo Wan Koe membawa pulang hadiah wang tunai AS$10,000 (RM35,800)

Kumpulan Capricorn yang diwakili Lim Kian Long, Marilyn Chien Hui dan Steven Lim Jun Liang pula membawa pulang AS$1,000 (RM3,580)

"Kejayaan penuntut Pusat Pengajian Sains Komputer ini secara tidak langsung akan menyemarakkan lagi semangat pelajar lain untuk berjaya dan mengharumkan nama universiti serta negara.

"Melalui pertandingan sebegini, USM berpeluang meneroka jaringan dan jalinan di peringkat antarabangsa untuk lebih dikenali," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Omar, dalam pertandingan tersebut, Cosmic mempertandingkan sistem pemantauan kesihatan, Virtual Health Connect (VCH) iaitu perisian yang mampu membantu memberi peringatan kepada ibu bapa dan pesakit tentang waktu untuk mendapatkan imunisasi.

Capricorn pula, katanya, mengetengahkan projek GreenEve2Peace iaitu perisian yang mampu memberi maklumat menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk membantu petani yang terlibat dalam penanaman padi.

Sementara itu, Dekan Pusat Pengajian Sains Komputer, Profesor Rosni Abdullah berkata, penuntut berkenaan terpilih setelah memenangi pertandingan peringkat kebangsaan di Kuala Lumpur, 18 Mei lalu.

"Pertandingan Imagine Cup ditaja sepenuhnya oleh Microsoft yang diadakan di semua negara. Wakil setiap negara kemudian akan dihantar mewakili negara tersebut ke pertandingan peringkat antarabangsa pula.

"Peserta dipilih berdasarkan projek yang dihasilkan iaitu dengan mengambil kira kemampuan memberi impak besar dalam menyelesaikan masalah dunia dan membantu masyarakat," katanya.

Menurut beliau, sebanyak 144 pasukan dari 70 negara di seluruh dunia menyertai pertandingan itu kali ini.

Dalam pada itu, Rosni berkata, tiga penuntut lain dari Pusat Pengajian Sains Komputer USM terpilih mewakili negara ke Pertandingan Open Jive Regional Challenge peringkat Asia Tenggara di Singapura dari 27 hingga 29 Julai ini.

Jelas Rosni, mereka ialah Tan Choo Jun, Ang Wai Heng dan Chan Siau Mei yang terpilih setelah memenangi tiga anugerah dalam pertandingan peringkat kebangsaan pada 2 Julai lalu.

"Mereka akan mengetengahkan inovasi yang dikenali sebagai Mobile Desktop Grid, dihasilkan menerusi penggunaan perisian terbuka yang dikeluarkan Sun Microsystem.

"Diharapkan kumpulan ini akan mampu mengulangi kejayaan yang kita peroleh di Mesir," katanya.


Utusan Online(2009,14 Jun)




FCUBOOK
Gudang ilmu untuk semua
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Response to "PENUNTUT USM MENANG TEMPAT PERTAMA DI MESIR!"

  1. Cik Qemm Said,

    bagus2 USM.hehe,school saye tu sains komputer :)

    Posted on July 13, 2009 at 6:54 PM

     
  2. NADIRA SALIM Said,

    TAHNIAH para pemenang..
    TAHNIAH USM..
    TAHNIAH school sci comp..
    saya lak student soc sci USM..
    turut berasa bangga..
    hehhehehe..

    Posted on July 13, 2009 at 8:30 PM

     
  3. fcuteam Said,

    Tahniah kepada semua pelajar USM.

    Posted on July 16, 2009 at 9:42 PM

     

Post a Comment

shop

featured-video

product 6
DVDY

To create a shelf item, you create a div with a class of “simpleCart_shelfItem”.

$19.99 Add to Cart
product 7
CD

Any field you want for your item can be set by creating a tag with a class of “item_[field-name]”

$27.99 Add to Cart http://i604.photobucket.com/albums/tt130/metalner/simplexshop/evil-empire.png
product 8
Sample Game

To create the add to cart button create a tag with the class “item_quantity”.

$59.99 Add to Cart http://i604.photobucket.com/albums/tt130/metalner/simplexshop/the-incredibles.png
product 1
Sample DVD

To create a shelf item, you create a div with a class of “simpleCart_shelfItem”.

$14.99 Add to Cart http://i604.photobucket.com/albums/tt130/metalner/simplexshop/attack-release.png
product 2
Sample DVD 2

Any field you want for your item can be set by creating a tag with a class of “item_[field-name]”

$22.99 Add to Cart http://i604.photobucket.com/albums/tt130/metalner/simplexshop/evil-empire.png
product 3
Sample Game

To create the add to cart button create a tag with the class “item_quantity”.

$59.99 Add to Cart http://i604.photobucket.com/albums/tt130/metalner/simplexshop/the-incredibles.png
product 4
Sample CD

If can display info about the cart anywhere on your page.

$8.99 Add to Cart http://i604.photobucket.com/albums/tt130/metalner/simplexshop/wolverine-3.png
product 5
Sample CD 2

A class of simpleCart_total, will display the cart total value.

$8.97 Add to Cart http://i604.photobucket.com/albums/tt130/metalner/simplexshop/ghostbusters.png
Total: $43.47