
Seorang remaja Amerika Syarikat telah berjaya belayar mengelilingi dunia seorang diri.
Zac Sunderland,17,telah belayar sejauh 45,000 km @28,000 batu selama 3 bulan dengan menghadapi ribut dan kilat,kerosakan peralatan dan lanun.Beratus orang bersorak gembira apabila kapalnya yang bernama Intrepid setinggi 11meter@36 kaki tiba di pelabuhan Marina Del Rey, California.Dia melaungkan kata-kata bahawa dia sangat teruja untuk kembali kepada pemyookongnya.
Beliau berkata yang dia mendapat banyak pengetahuan tentang dunia semasa pelayarannya."Contohnya di negara lain,ada penduduk yang tinggal di bangsal buruk tetapi apabila kita berjumpa dengan mereka,kita dilayan dengan penuh mesra dan baik"
ujar beliau.Remaja ini merancang memulakan pelayaran pada 14 Jun tahun lepas.Dia senantiasa menghubungi keluarganya melalui satelit dan berjumpa dengan ayahnya di beberapa pelabuhan.Semasa di laut,dia memakan makanan sejuk kering dan menghadapi masalah tidur apabila kapalnya rosak.Dia juga dikejutkan dengan ancaman lanun di Lautan India selepas mereka mengelilinginya beberapa kali sebelum beredar dari kapalnya.
Zac mungkin akan menikmati rekod ini dalam masa yang singkat oleh kerana pelayar muda,Mike Perham dari UK berhasrat ingin mengelilingi dunia dalam masa 3 minggu.
Namun dia tidak kisah kerana sedar pada suatu hari nanti pasti rekodnya akan dipecahkan.Sekarang dia merancang sama ada Gunung Everest atau Bulatan Artik untuk ekpedisi terbarunya.
FCUBOOK
Gudang ilmu untuk semua
0 Response to "REMAJA AS CIPTA REKOD BELAYAR MENGELILINGI DUNIA SEORANG DIRI!"