
-seekor ayam
-satu kilo kentang
-3 batang lobak merah
-3 biji ubi keledek sederhana besar
-semangkuk bawang merah yang sudah dimayang halus
-semangkuk tepung gandum
-semangkuk minyak untuk menumis
-setengah kilo bawang besar
-segenggam daun sup
-lada hitam serbuk dan garam secukup rasa.
Cara-cara:
1) Ayam dipotong kecil sebesar telur puyuh. Buang kulit dan segala organ dalaman.lad
2) Kentang, ubi keledek, lobak merah dan bawang besar didadu kecil-kecil ikut cita
rasa anda.
3) Masukkan air bersama ubi kentang, ubi keledek, lobak merah dan ayam ke dalam
periuk besar dan direbus hingga separuh empok.
4) Tumiskan bawang merah dengan minyak hingga warna keemasan. Masukkan tepung gandum
dan kacau dengan api sederhana. Boleh tambah minyak sekiranya terlalu kering atau
atau tepung sekiranya minyak terlalu banyak. Goreng tepung hingga bertukar
menjadi keemasan.
5) Masukkan secawan air dan kacau hingga tepung jadi sebati. Tuang semuanya ke dalam
periuk berisi ubi dan ayam tadi.
6) Kacau adunan hingga jadi sebati.Tambahkan air hingga menjadi seperti bubur.
Masukkan lada hitam serbuk dan garam secukup rasa.
7) Apabila semua bahan betul-betul empuk baru angkat. taburkan daun sup yang sudah
dipotong halus.
Cadangan:
Boleh dimakan bersama roti. Anda boleh masukkan apa-apa sahaja sayur dan ubi kegemaran anda. Selain ayam, boleh juga guna daging atau sebarang makanan laut mengikut cita rasa anda.
Selamat mencuba!!
FCUBOOK
Gudang ilmu untuk semua
0 Response to "STEW ANIKA"