
Mike Ashley is hoping to sell Newcastle to a group of Malaysian businessmen
Lapor media Britain hari ini,sekumpulan ahli perniagaan dari Malaysia berminat ingin membeli kelab bola sepak England, Newcastle United.Kenyataan pemilik Newcastle dalam laman webnya, www.mirror.co.uk , Mike Ashley yang mengakui telah dikunjungi prospek pembeli iaitu sekumpulan ahli perniagaan dari Malaysia dalam satu pertemuan rahsia,lapor akhbar Mirror.Ashley yang membina kekayaan menerusi rangkaian kedai barangan sukan mula menyuarakan hasrat untuk menjual kelab England itu selepas ia tersingkir daripada saingan Liga Perdana, musim lalu.Identiti sekumpulan ahli perniagaan dari Malaysia itu dirahsiakan dari pengetahuan umum namun kehadiran mereka dikesan oleh kakitangan dan para pemain kelab ketika keempat-empat mereka dibawa melawat stadium dan gelanggang latihan. Ashley membeli Newcastle dengan harga 135 juta pound (RM752 juta) pada 2006 dikatakan tidak sabar lagi untuk menjual kelab tersebut yang hingga kini masih belum memiliki pengurus, sebulan sebelum cabaran kejuaraan bermula.Bulan lalu, ahli Lembaga Pengarah Newcastle United mengumumkan bahawa kelab itu akan dijual dengan harga 100 juta pound (RM555.7 juta).Rekod Malaysia,Proton merupakan syarikat Malaysia pertama melibatkan diri dalam bola sepak England menerusi penajaan jersi bekas kelab Liga Perdana, Norwich City pada musim 2003-2006.AirAsia pula menjadi penaja jersi pengadil perlawanan Liga Perdana, di mana logo mereka tertera di lengan baju pengadil dan pembantu pengadil dalam lebih 50 perlawanan.
FCUBOOK
Gudang ilmu untuk semua
0 Response to "Usahawan Malaysia berminat beli kelab Newcastle United"