Warganegara British yang terakhir terselamat pada Perang Dunia Pertama,Henry Patch meninggal dunia pada usia 111 tahun.Beliau telah mula menyertai tentera pada usia 18 tahun dan terlibat dalam peperangan yang dinamakan "Battle of Passchendaele" di Ypres pada 1917 di mana tentera British telah terkorban seramai 70,000 orang dalam peperangan tersebut.Arwah dilahirkan di Combe Down,berdekatan Bath dan telah tinggal di rumah jagaan di Wells,Sommerset.Satu-satunya warga British yang terselamat dalam peperangan itu ialah Claude Choules,tentera laut yang berumur 108 tahun dan tinggal di Perth,Australia.Beliau yang berasal dari Worcestershire menyertai Angkatan Laut Diraja British.
Henry Allingham,yang berkhidmat dalam tentera laut dan barisan hadapan di Perang Dunia Pertama meninggal dunia pada usia 113 tahun ,seminggu pada tarikh hari ini.Permaisuri dilaporkan berdukacita atas kematian Patch dan berkata "Kami tidak akan melupakan keberanian dan pengorbanan generasi ketika itu,yang menjadi contoh tauladan untuk kita".Perdana Menteri Golden Brown berkata "Saya pernah menemuinya,merasa bangga atas apa yang dilakukannya dan saya mengucapkan takziah kepada keluarga Henry atas pemergian beliau.
Satu acara peringatan kebangsaan akan diadakan untuk mengenang jasa beliau dan rakan segenerasinya yang terlibar dalam Perang Dunia Pertama.
Andrew Larpent, ketua eksekutif Somerset Care, berkata Mr Patch meninggal dunia secara aman setelah beberapa hari sakit."Ahli keluarganya dan rakan-rakannya sudah berada di sini dan arwah telah meninggal dunia pada jam 9.00 pagi ini.Itu pemintaan beliau yang tidak mahu dihantar ke hospital dan mahu bersemadi di sini dengan ditemani rakan-rakannya serta ahli keluarganya.
Sumber:BBC News(2009,26 July)
FCUBOOK
Gudang ilmu untuk semua






0 Response to "VETERAN PERANG BRITISH MENINGGAL PADA USIA 111 TAHUN!"