Subscribe to Zinmag Tribune
Subscribe to Zinmag Tribune
Subscribe to Zinmag Tribune by mail

iliu;i;

iu;ly;ii;;

MASYARAKAT MASIH KURANG PEKA

5:07 PM Posted by Dean
MENGAMALKAN kebersihan diri serta memakai topeng adalah antara langkah-langkah pencegahan daripada dijangkiti wabak selesema babi atau influenza A (H1N1).
Dalam situasi sekarang, orang ramai disarankan agar lebih berhati-hati dan bertanggungjawab dalam usaha memerangi wabak berkenaan daripada tersebar dan mengakibatkan lebih banyak kematian.

Menurut Pakar Bedah Am, Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Dr. Nanda Kumar Rajendram, buat masa ini kebersihan diri amat penting kerana ia merupakan salah satu elemen yang mampu mengelakkan virus berkenaan terus merebak.

Katanya, setiap lapisan masyarakat perlu mengambil serius dalam meningkatkan kebersihan diri tanpa perlu menunggu sebarang tindakan daripada kerajaan.

"Apa yang dapat dilihat hari ini, orang ramai masih belum cukup fahaman mengenai penyakit H1N1 ini, apatah lagi bagaimana caranya untuk mengelakkan penyakit tersebut daripada dijangkiti.

''Jadi apa yang boleh dinasihatkan kepada orang ramai ialah jaga kebersihan diri masing-masing seperti basuh tangan selepas bersin dan batuk.

''Orang ramai juga disarankan agar membersihkan tangan selepas memegang benda-benda atau peralatan yang terdedah ketika anda berada di luar rumah,'' ujarnya ketika dihubungi Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Tambah beliau, sebenarnya penularan wabak H1N1 lebih mudah berlaku di kawasan-kawasan tertutup berbanding kawasan terbuka.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan agar orang ramai menghindari kawasan-kawasan keraian dan segera mendapatkan rawatan sekiranya mempunyai tanda-tanda awal penyakit tersebut seperti demam, selesema dan batuk.

Tetapi bagi mereka yang ingin ke kawasan-kawasan keraian seperti pusat membeli-belah ataupun kawasan perhimpunan atau mana-mana kawasan yang melibatkan orang ramai, Dr. Nanda turut menyarankan agar mereka memakai topeng muka.

Dapat dilihat bahawa masyarakat hari ini tidak gemar memakai topeng muka dan sebenarnya pemakaiannya amat berguna dan ia perlulah dipraktikkan agar penularan wabak tersebut dapat dikurangkan.

Menurut Dr. Nanda, oleh kerana pada waktu ini hospital-hospital yang ada sudah tidak lagi mampu menampung jumlah pesakit yang dijangkiti H1N1, jadi bagi mereka yang telah dikenalpasti ada influenza hanya dikenakan kuarantin di dalam rumah dan tidak ditahan.

''Ini juga merupakan satu lagi masalah masyarakat Malaysia kerana apabila mereka dikuarantin, mereka dilarang keluar daripada rumah.

"Mereka seharusnya mematuhi arahan tersebut dan bukannya keluar berlegar-legar di luar yang boleh menyebabkan penyebaran penyakit tersebut berlaku.

''Di sinilah terletaknya kesedaran serta tanggungjawab masing-masing dalam usaha menyekat penyebaran penyakit tersebut berlaku,'' jelas beliau lagi.

Bercakap mengenai langkah-langkah yang dibuat oleh kerajaan, menurut Dr. Nanda, ia masih belum mencukupi malah kerajaan sepatutnya memberi lebih informasi seperti bagaimana untuk mengelak daripada dijangkiti penyakit tersebut, bagaimana penyakit tersebut boleh menjangkiti orang lain, tempat-tempat yang bagaimana harus dielakkan dan banyak lagi.

Katanya lagi, di Malaysia, golongan yang mudah dijangkiti penyakit tersebut terdiri daripada golongan muda yang berumur 20-an dan juga golongan tua yang terlalu tua serta lemah.

SUMBER:Utusan Malaysia Online
FCUBOOK
Gudang ilmu untuk semua
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Response to "MASYARAKAT MASIH KURANG PEKA"

  1. ummu_abdullah Said,

    Bahayanya H1N1... haritu seluruh keluarga demam... risau sangat..

    Terima kasih atas nasihat..

    Posted on August 19, 2009 at 7:23 PM

     
  2. ~ieDa~ Said,

    Jgn lupa pakai face-mask..!

    Posted on August 20, 2009 at 12:34 AM

     

Post a Comment

shop

featured-video

product 6
DVDY

To create a shelf item, you create a div with a class of “simpleCart_shelfItem”.

$19.99 Add to Cart
product 7
CD

Any field you want for your item can be set by creating a tag with a class of “item_[field-name]”

$27.99 Add to Cart http://i604.photobucket.com/albums/tt130/metalner/simplexshop/evil-empire.png
product 8
Sample Game

To create the add to cart button create a tag with the class “item_quantity”.

$59.99 Add to Cart http://i604.photobucket.com/albums/tt130/metalner/simplexshop/the-incredibles.png
product 1
Sample DVD

To create a shelf item, you create a div with a class of “simpleCart_shelfItem”.

$14.99 Add to Cart http://i604.photobucket.com/albums/tt130/metalner/simplexshop/attack-release.png
product 2
Sample DVD 2

Any field you want for your item can be set by creating a tag with a class of “item_[field-name]”

$22.99 Add to Cart http://i604.photobucket.com/albums/tt130/metalner/simplexshop/evil-empire.png
product 3
Sample Game

To create the add to cart button create a tag with the class “item_quantity”.

$59.99 Add to Cart http://i604.photobucket.com/albums/tt130/metalner/simplexshop/the-incredibles.png
product 4
Sample CD

If can display info about the cart anywhere on your page.

$8.99 Add to Cart http://i604.photobucket.com/albums/tt130/metalner/simplexshop/wolverine-3.png
product 5
Sample CD 2

A class of simpleCart_total, will display the cart total value.

$8.97 Add to Cart http://i604.photobucket.com/albums/tt130/metalner/simplexshop/ghostbusters.png
Total: $43.47