Betik atau nama botaninya Carica Papaya merupakan antara buah tropika yang paling bernilai. Rasa betik yang ranum sungguh sedap dan kaya dengan vitamin C, manakala kulitnya pula kaya dengan vitamin A.
MEMULIHKAN SAKIT JANTUNG:
Bunga yang didapati dari betik jantan mempunyai nilai perubatan yang tinggi.
Rebus beberapa tangkai bunga betik jantan bersama air dan sedikit gula. Minumlah air rebusan tersebut sehari dua kali pada waktu pagi dan malam.
Selain itu, rasa bunga betik yang pahit itu mampu membuka selera makan terutamanya bagi mereka yang meminati ulam-ulaman. Jika anda ingin mengurangkan rasa pahitnya, terlebih dahulu diramas bersama air garam. Anda juga boleh masak bunga betik ini bersama santan. Bagi mereka yang meminati kerabu, anda bolehlah mencuba resepi kerabu bunga betik ini.
KERABU BUNGA BETIK
Bahan-Bahan:
-1 mangkuk bunga betik (dari pokok betik jantan)
-10 batang cili api (pedasnya ikut selera)
-2 labu saiz sederhana bawang besar
-sedikit udang kering
-setengah cawan kerisik kelapa
-belacan
-3 batang serai
-setengah inci halia
-setengah inci lengkuas
-2 biji limau nipis
-setengah cawan beras
-3 ekor ikan bakar atau goreng
-3 keping asam keping
-garam dan gula secukup rasa.
Kaedah:
-Bunga betik di rebus bersama 3 asam keping untuk hilangkan rasa pahit(rebus hingga empuk). Bilas beberapa kali dengan air bersih hingga sudah tidak berapa pahit rasanaya.
-Cili, 1 labu bawangbesar, udang kering, lengkuas, halia, serai dan belacan ditumbuk bersama sedikit garam.
-1 labu lagi bawang besar dimayang halus.
-beras digoreng tanpa minyak hingga warna kuning keemasan. Kisar atau tumbuk hingga halus.
-isi ikan di tumbuk halus.
-Gaulkan semua bahan dan perahkan limau nipis.
-Masukkan gula dan garam secukup rasa.
*Anda boleh campurkan buah mangga yang dicincang halus sebagai ganti limau nipis.
*Cara untuk mengenal jantina pokok betik ialah dengan melihat akarnya semasa masih kecil, kira-kira tinggi sejengkal. Pokok betina mempunyai akar bercabang manakala pokok betik jantan mempunyai akar tunggal dan tidak bercabang. Pokok betik betina mengeluarkan buah manakala pokok betik jantan mengeluarkan bunga sahaja.
FCUBOOK
Gudang ilmu untuk semua

0 Response to "BUNGA BETIK BAIK UNTUK MEREKA YANG SAKIT JANTUNG"