LONDON - Seorang remaja autisme berumur 17 tahun hampir berjaya memperdaya beberapa pengarah syarikat penerbangan di sini selepas menyamar sebagai ahli perniagaan, lapor sebuah akhbar semalam.
Remaja yang menggunakan nama samaran Adam Tait itu mendakwa dia mempunyai beberapa pesawat dan satu kumpulan pengurusan yang berkebolehan.
Tait terbang ke Jersey untuk mengadakan perjumpaan serta berbincang bersama pengarah lapangan terbang dan berunding dengan beberapa ketua industri penerbangan berhubung cadangan untuk mengadakan perkhidmatan murah Eropah.
Dia dipercayai meniru gaya pelakon Leonardo DiCaprio dalam filem Catch Me If You Can. Filem itu berasaskan kisah benar membabitkan Frank Abagnale Jr yang menyamar sebagai juruterbang.
Tait menubuhkan laman web American Global Group dan Island Airways serta mendakwa sebuah syarikat induk di Amerika Syarikat mempunyai pesawat tersedia sebanyak 12 unit bagi menjalankan perniagaan penerbangan francais.
Tembelang Tait selama enam bulan terbongkar selepas seorang wartawan majalah penerbangan melaporkan cadangan perniagaannya mengelirukan.
- Agensi
FCUBOOK
Gudang ilmu untuk semua

0 Response to "REMAJA AUTISME PERDAYA PENGARAH SYARIKAT PENERBANGAN!"