Tandas utama di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa rosak dan buat sementara waktu,angkasawan menggunakan tandas kecil milik Rusia di stesen tersebut.Nasa juga melaporkan yang angkasawan boleh menggunakan beg air kencing yang digunakan semasa misi Apollo terdahulu.Ketua penerbangan Brian Smith berkata mereka belum mengenalpasti punca bagi masalah tersebut dan tidak mahu fokus kepadanya.Tandas utama di ISS yang berharga $100 billion dipasang di bahagian negara Amerika Syarikat telah mengalami kerosakan yang pertama dan kapal angkasa Discovery telah dihantar pada tahun 2008 untuk mengantikan pam utama.Namun di sebalik peristiwa ini,angkasawan masih berupaya memindahkan peralatan dari kapal angkasa 'Endeavour"ke ISS pada hari Ahad,hari ke 2 misi dari hari ke 11.Nasa pula masih menyiasat buih yang keluar dari tangki minyak "Endeavour" semasa pelancarannya.
Sumber:BBC News(2009,19 Julai)
FCUBOOK
Gudang ilmu untuk semua






0 Response to "TANDAS STESEN ANGKASA LEPAS ANTARABANGSA(ISS) ROSAK!"