Hasil amalan beberapa orang yang mengalami masalah kesihatan mata,penemuan penting mengenai kebaikan biji bunga matahari telah memberi penyembuhan yang menakjubkan.
KES-KES YANG DILAPORKAN
*Encik H.B melaporkan:"Biji bunga matahari telah memberi banyak kebaikan untuk saya.Saya memerlukan kacamata untuk membaca sejak berusia 45 tahun.Saya telah memakan bijinya selama dua tahun lebih dan sekarang saya berusia 65 tahun boleh membaca tanpa menggunakan kacamata lagi."
*Puan F.N menulis:"Saya telah mendapat kembali penglihatan saya dengan biji bunga matahari iaitu tiga sudu setiap hari.Dulu penglihatan saya kabur tetapi kini saya boleh membaca tanpa kacamata.Malah rambut saya bertambah sihat."
*Encik S.G memberi laporan:"Setelah mengalami penglihatan yang teruk selama beberapa tahun,saya mengambil keputusan untuk mencuba biji bunga matahari.Saya makan segengam setiap hari dan dalam masa dua minggu saya dapati perubahan yang ketara dan sukar dipercayai.Ketegangan,kepedihan dan kesakitan telah hilang keseluruhannya dan saya boleh bekerja sepanjang hari tanpa merasa kehadiran sebarang masalah."
*Puan O.B menulis laporan:"Saya berusia 66 tahun dan telah lama memakai cermin mata.Penglihatan jarak jauh saya lebih baik dari jarak dekat,jadi objek yang hampir sukar dikenali.Saya tidak pernah mengambil vitamin dalam jumlah apa pun.Saya menggunakan setengah cawan biji bunga matahari sehari.Saya makan semasa menggosok,berjalan,semasa berada atas bas,semasa membaca atau mendengar radio.Perubahannya..ada satu-satu ketika tidak menggunakan cermin mata ketika memasukkan benang ke dalam jarum dan menjahit.Banyak yang boleh saya lakukan sepanjang hari tanpa cermin mata yang selama ini tidak boleh dilakukan selama beberapa tahun.Biji bunga matahari benar-benar membantu."
Biji bunga matahari mengandungi 50 unit vitamin A setiap 100 gram dan juga kaya dengan vitamin B komplek,besi dan kalsium.Ia boleh memulihkan rabun,ketegangan mata,sakit dan pedih,serta sensitiviti pada cahaya yang melampau seperti pembalikan yang terang dari salji atau silauan daripada lampu kereta atau skrin tv/komputer.
FCUBOOK
Gudang ilmu untuk semua
nonie Said,
macam mana nak makan biji matahari ni.....
ker boleh makan kuaci yg beli kat kedai tu....
Posted on September 14, 2009 at 7:36 PM
golden Said,
boleh makan kuaci yg kat kedai.ada juga yg siap buang kulit dijual dlm botol.
Posted on September 14, 2009 at 11:22 PM