Pernahkah anda terfikir bagaimana anda terperangkap dalam satu-satu keadaan yang kusut?
Apakah pengaruh-pengaruh dan penyebab-penyebab yang meletakkan anda di dalam situasi sedemikian?
Siapakah atau apakah yang perlu dipersalahkan?
Selalu kita terbeban dengan situasi yang melukakan perasaan dan kita tercari-cari penyebab-penyebab luaran untuk kita persalahkan!
SEPATUTNYA......
...kita perlu melihat ke dalam diri...sedalam-dalamnya mencari punca persoalan itu.Ambil masa kita seketika dan hantar soalan pada Yang Maha Tinggi,pohon jawapan untuk mengenali hikmah-hikmah kehidupan.Pengalaman yang tercetus setiap detik hidup kita adalah penzahiran dari apa yang terdetik dari pemikiran kita samada positif atau negatif.(Read more
http://www.learnmindpower.com/using_mindpower/eliminating_negative_thinking/ )
Meletak kesalahan ke atas orang lain boleh menambahkan lagi kebencian dan dendam membara yang membakar ketenangan seseorang insan yang mencari kedamaian.Carilah kebenaran dan anda akan bebas dari salah tanggapan terhadap semua orang di sekeliling anda.
Kenapa biarkan diri anda musnah akibat buaian emosi malang sedangkan anda ada pilihan membangunkan diri semula dengan bantuan pemikiran dan usaha positif yang memang sedia ada pada semua manusia?Pilihan di tangan anda!!!
Kaji semula pengalaman anda yang lepas...dan cari apa pengajaran yang baik hasil dari dugaan-dugaan yang berat.Rasakan kemanisan yang anda miliki itu sebagai penawar bagi apa yang anda hadapi sekarang.Bukankah anda semakin matang mengenali diri dan ingin mengambil kelebihan dari pengalaman sekarang untuk lebih matang di masa hadapan?
Rakamkan dan luahkan dalam diari harian anda apa yang anda pelajari dan supaya boleh dikaitkan sepanjang hayat anda.Anda adalah penulis novel kehidupan anda sendiri dan ahli fikir yang hebat mencari rahsia kehidupan!
Hayati rasa kesyukuran dan keriangan memiliki pengalaman yang banyak memberi pengajaran .Rasa berterima kasih pada Tuhan dan semua manusia yang terbabit tidak kira kawan atau musuh kerana peranan yang mereka lakukan membuka hikmah-hikmah yang menyumbang kesedaran anda.Semua menyumbang kepada pelan kehidupan satu alam.
TIDAK ADA SATU PUN YANG SIA-SIA BERLAKU BAGI ORANG YANG MENCARI JAWAPAN KEPADA RAHSIA KEHIDUPAN.
FCUBOOK
Gudang ilmu untuk semua

0 Response to "RASA TERPERANGKAP?"